Subscribe:

Monday 5 September 2011

Penghantaran Barang Pulang ke Malaysia

Setelah diselidiki, cara yg dari Forum MGSS adalah yang terbaik.

Shipping Company Information


Qoute dari MGSS Forum:

''Salam rakan-rakan yg dikasihi,

Saya, Hazrolnizam Sutomoh, ex-student HS Ravensburg-Weingarten dari batch ALG 5 yang kini berada di Malaysia. Berikutan timbulnya banyak pertanyaan mengenai penghantaran barang dari German ke Malaysia, saya wakil kepada syarikat Bumi Ventures Logistics Sdn Bhd yang berpusat di Port Klang ingin memaklumkan kepada rakan-rakan sekelian mengenai bayaran yang dikenakan dalam proses pengambilan barang ketika barang-barang tersebut tiba di Malaysia. Kami juga ada menawarkan forwarding servis door to door untuk penghantaran barang dari semua pelabuhan contohnya Port Klang ke semua destinasi diseluruh Semenanjung Malaysia.

Bumi Ventures Logistics Sdn. Bhd. adalah sebuah syarikat bumiputra yang berdaya saing yang mengendalikan aktiviti trading dan forwarding di Malaysia. Syarikat ini menjadi main forwarding company untuk Sepang International Circuit (SIC) untuk penghantaran kenderaan dari pelabuhan ke trek perlumbaan. Ketika acara Formula 1 dan juga GT Japan diadakan di Malaysia, syarikat ini bertanggung jawab dalam menyediakan kemudahan transport untuk membawa jentera-jentera perlumbaan ke destinasi yg ditetapkan oleh pihak penganjur. Syarikat ini juga menjadi trading company untuk oil and gas main company di Malaysia dengan contract bernilai jutaan ringgit.




Keterangan:
Kat sini aku nak ceritakan pengalaman aku sendiri ketika aku menguruskan penghantaran barang pada bulan Oktober yang lalu. Secara umumnya kat German, ade banyak shipping company yg menawarkan servis penghantaran dari German ke Malaysia. Setakat ini, ade 2 syarikat yg aku telah kenal pasti yg menawarkan harga yg berpatutan. Syarikat dan contact person kepada syarikat tersebut adalah:

M&M Internationale Spedition GmbH
– contact person: Herr Stefan Staeudle (stefan.staeudle@mumnet.com)

Muller + Partner GmbH
- contact person: Herr Joerg Vollroth (Joerg.Vollroth@mnp.de)

Beza antara kedua-dua company kat atas nie adalah charge yg dikenakan oleh M&M Internationale GmbH adalah mengikut cubic meter. Charge yg dikenakan adalah €150 per 1 cubic meter. Manakala untuk company Muller + Partner GmbH, charge yg dikenakan adalah mengikut berat barang yg hendak dihantar (contohnya 200kg = € 200) + USD50 per 1 cubic meter. So dari sini, jika barang yg nak dihantar adalah jumlah yang banyak dan berat , adalah murah jika korang amik company M&M Internationale GmbH. Jika sebaliknya, korang boleh la memilih syarikat Muller + Partner GmbH.

Statement yg kat atas nie boleh digunakan jika korang nak hantar barang sendiri-sendiri. Kalau korang nak jimatkan kos penghantaran lagi, korang boleh buat 2 cara:

1. Korang kumpul dlm 10-20 orang yang nak hantar barang ke Malaysia, then korang sewa satu kontena. Advantage kat sini, charge yang dikenakan semasa clearance di pelabuhan dapat dibahagi sama rata dan urusan kastam dapat dibuat dengan lebih cepat.
2. Korang carila 1-5 org yg nak hantar barang, then korang hantar sekali bawah satu penama atau consignee. Untuk memudahkan urusan, barang-barang tu korang kene listkan. So senang nak tahu mane satu brg korang. Shipping charge di German dan juga forwarding charge kat Malaysia oleh kedua-dua company diatas adalah mengikut jumlah consignee. So klu korang letak satu penama atau consignee, kat sini korang dah dapat save.

Benda yg aku nak tekankan adalah point selepas barang korang tiba kat Malaysia. Untuk mereka yg tak tahu procedure dia, memang melemaskan dan menyusahkan. Setelah barang korang tiba di Malaysia, clearance mesti dibuat. Jika tidak, barang tidak boleh keluar dari pelabuhan. Syarikat di Malaysia yang menjadi agent kepada syarikat kapal di German akan lepas tangan kat sini. Dengan kata lain, selepas mereka keluarkan document (D/O) untuk diserahkan kepada korang, mereka tidak memberitahu ape procedure seterusnya sebabnya mereka sendiri tidak tahu mengenai clearance procedure ini. Kalau ade agent yang menyediakan forwarding servis pun, charge yang dia dikenakan adalah sangat mahal. Maklumat ini aku dapat setelah berbincang dengan staff di agent company itu sendiri. Disini aku nasihatkan, korang lantik forwarding agent yg boleh buat clearance untuk membolehkan korang dapat balik barang yang korang hantar. Kalau korang nak buat sendiri pun boleh juga, tetapi nanti korang akan berhadapan dengan ragam pegawai kastam dan pekerja-pekerja warehouse yang cuba untuk menyusahkan korang dengan meminta duit tambahan. So untuk memudahkan korang mendapatkan barang korang tanpa hilang di tangan pegawai kastam, aku mengesyorkan forwarding company nie, Bumi Ventures Logistics Sdn. Bhd.


Agent company di Malaysia yg merangkap wakil kepada shipping company di German akan mengeluarkan satu document yg bernama D/O yg tercatat diatasnya dimana barang-barang korang disimpan di pelabuhan. Untuk mengeluarkan D/O ini, charge seperti dibawah akan dikenakan:

Associated Shipping Company of M&M Internationale Spedition GmbH in Malaysia, Professional Freight Systems Subang Jaya (in order to release D/O):

LCL/FCL Fee - RM40 per 1m3
Agency Fee - RM130
D/O (Documents) Fee - RM80
SMK Fee - RM30
Cost Recovery Fee - RM5

Setelah korang melantik forwarding agent i.e. Bumi Ventures Sdn. Bhd., D/O ini akan diserahkan kepada kepada company Bumi Ventures Sdn. Bhd untuk kerja-kerja clearance dibuat. Kerja Clearance merangkumi pemeriksaan kastam, pemeriksaan EDI dan juga hal-hal dokumen yg diperlukan. Charge yang dikenakan oleh forwarding company tertera seperti di bawah:

Forwarding Company, Bumi Ventures Sdn. Bhd.:

Forwarding Charges:

Agency Fee - RM250
EDI Fee - RM60
Document Charge - RM80
Customs Examiner - RM180

Since forwarding company nie ade warehouse dia sendiri, warehouse charges yg dikenakan adalah seperti dibawah:

Warehouse Charges:

Handling Charges - RM9,50 per 1m3
FAF - RM2,50 per 1m3
Storage - (RM3,50 per 1m3) x Days
Remover - RM3,50 per 1m3


Sila rujuk .pdf File untuk harga penghantaran barang dari pelabuhan ke semua destinasi diseluruh semenanjung Malaysia. Harga yang dipaparkan adalah berdasarkan lori 3 tan dan 8 tan. Jika korang punya barang sikit, korang boleh demand lori 1 tan dari aku memandang company Bumi Ventures Logistics Sdn. Bhd. tidak mempunya lori 1 tan. Kelebihannya adalah lori 1 tan adalah lebih murah charge pengangkutannya. (Note: aku x bleh upload .pdf file kat forum nie sbb internet umah aku lambat sangat. So utk korang yg nak tau charges pengangkutan yg dikenakan, korang bleh tanya melalui email yg aku bg kat bawah)


Cara untuk melantik forwarding agent (in this case Bumi Ventures Logistics Sdn. Bhd.):
Semasa korang decide nak amik shipping company kat German, korang nyatakan sekali kat shipping company di German yg korang nak lantik forwarding company di Malaysia. Korang hanya perlu nyatakan nama forwarding company seperti berikut:

Bumi Ventures Logistics Sdn. Bhd.
1st Floor, No. 1, Lorong Berembang Off Jalan Kem,
42000 Port Klang, Selangor Darul Ehsan.
Tel: +60331675170 / +60331675171/+60331686000
Fax: +60331684000
Contact person: MD RADZI ALI

Jika korang ade pertanyaan mengenai shipping procedure, korang boleh hubungi aku seperti dibawah:

Hazrolnizam Sutomoh
HP: +60196795125
Email: eibach3112@yahoo.de ''

2 comments:

MNO said...

From Tokbat:

assalamualaikum. kalau ingin menghantar barang ke Miri sarawak bagaimana pula?

MNO said...

waalaikummussalam tokbat,

Berikut adalah jawapan yang saya terima dari En. Md Radzi Ali,

"Harap dapat Sdr maklumkan cadangan penghantaran saperti berikut.

1. Perihal barangan personal effect atau komersial goods.
2.Jumlah qty- loose atau container load.
3.Port of Loading/Port Discharge Atau Transhipment.
4. Shipping Schedule-jangkaan tarikh penghantaran.

Secara ringkas penghantaran bolih dibuat terus dari Germany
dengan transhipment melalui S'pore yang akan diatur olih Agen
Perkapalan Germany.Pemindahan kapal dilakukan diS'pore.

Pemindahan bolih juga dibuat melalui P.Klang dimana barangan akan diikrar
masuk M'sia dan hantaran berikutnya dari P.Klang ke Miri.

Maklumat lebih terperinci akan Saya sampaikan berdasarkan respon Sdr.

Sekian.Tks
Salam.
Radzi
radziali48@yahoo.com"

Jadi tokbat boleh menghubungi terus En. Radzi untuk maklumat lanjut.

Post a Comment