Subscribe:

Sunday 4 September 2011

Cara untuk mengurangkan kos elektrik di Jerman

Kos elekrik di Jerman adalah sangat mahal jika dibandingkan dengan di Malaysia. Jadi penjimatan menggunakan tenaga elektrik amatlah digalakkan di Jerman. Salah satunya ialah dengan menukar lampu-lampu di rumah dengan lampu berkuasa rendah. Di Jerman, cahaya lampu yang biasa digunakan oleh orang disini adalah warna merah dengan kuasa yang tinggi.
Ini mungkin untuk meningkatkan suhu bilik ketika musim sejuk. Walaubagaimanapun kita sebagai orang Malaysia telah dibiasakan menggunakan lampu putih untuk menerangi ruangan rumah kita. Untuk pengetahuan anda, harga lampu putih di Jerman ni adalah mahal berbanding dengan harga lampu merah.

Tambahan harganya jauh lebih murah kalau beli di Malaysia. Jadi untuk membeli lampu di Malaysia sebelum datang ke Jerman. Untuk membeli lampu, ada 2 saiz, 14 dan 27. Saiz 27 adalah yang kerap digunakan.

No comments:

Post a Comment