Subscribe:

Sunday 4 September 2011

Makanan Asia di Jerman

Makanan Asia di Jerman
Untuk mendapatkan makanan Asia di Jerman bukan perkara yang susah. Ini kerana bilangan penduduk Asia di Jerman adalah tinggi. Contohnya di Siegen ini ada 3 kedai Asia.
  1. Kedai warga India
  2. Kedai warga Thailand
  3. Kedai warga Vietnam
Dan lebih banyak lagi kedai Asia di bandar-bandar besar seperti Frankfurt.  Selain Frankfurt, barang makanan dari Asia juga mudah didapati di Aachen keranan kedudukannya dekat dengan negara Belanda, di mana warga indonesianya ramai. Oleh itu lebih banyak barang asia yang mudah didapati di Aachen yang menjadi pintu masuk makanan Asia dari Belanda.
Cuma yang susah nak dapat ialah barang makanan (Asia)  dari Malaysia. Cuma baru-baru ini terjumpa maggi di Neukauf dari Malaysia dan ada halal logo.
So setakat ni alhamdulillah, cukup makan di Jerman ini. :)

No comments:

Post a Comment