Subscribe:

Sunday 4 September 2011

Bekerja di Jerman

Tamat pengajian dari Universiti di Jerman ini, biasanya adalah menjadi kebangaan kepada diri sendiri, ibu bapa, keluarga dan negara Malaysia amnya. Apatah lagi jika anda dapat bekerja di Jerman. Pertukaran nilai mata wang yang lebih tinggi, membolehkan anda mengumpul harta untuk di bawa pulang ke tanah air. Akan tetapi
untuk mendapat pekerjaan di sini adalah tidak mudah bagi mereka yang bukan kelulusan Jerman. Ini kerana bahasa penghantar iaitu bahasa Jerman amatlah diperlukan dalam segala surat menyurat dan berhubung antara rakan sekerja. Jadi kepada mereka yang kurang fasih atau tidak tahu bahasa Jerman kurang berpontensi untuk mendapat pekerjaan di sini. Ini di tambah pula kadar pengangguran rakyatnya sendiri yang agak tinggi. Jadi untuk mendapat pekerjaan adalah sukar.

Bagi pelajar-pelajar universiti di Jerman, mereka dibenarkan bekerja selama 90 hari setahun dengan 1 hari bekerja iaitu 8 jam atau 180 hari setahun dengan setengah hari bekerja iaitu 4 jam. Di Jerman, untuk suami atau isteri yang mengikut pasangan mereka yang sambung belajar di sini, visa keluarga akan diberikan. Dengan visa ini, tiada tempat untuk mereka bekerja di Jerman. Oleh itu, apa yang boleh dilakukan oleh golongan ini ialah berlajar juga dengan kos pengajian yang ditampung sendiri ataupun belajar sendiri di rumah.
Oleh itu kepada mana-mana pasangan yang bakal dan ingin melanjutkan pengajian di Jerman ini, digalakkan mendaftar atau mendapatkan tempat di universiti yang sama. Bagi pasangan yang tiada keinginan untuk turut sambung belajar, carilah sesuatu yang boleh membuat mereka leka dan mendapat manfaat dari aktiviti lain. Kurangnya penguasaan bahasa dan aktiviti untuk dilakukan di Jerman ini adalah suatu yang bakal membosankan.

No comments:

Post a Comment